Penetapan
kalender Hijriyah dilakukan pada jaman Khalifah Umar bin Khatab, yang
menetapkan peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Kalender
Hijriyah juga terdiri dari 12 bulan, dengan jumlah hari berkisar 29-30 hari.
Penetapan 12 bulan ini sesuai dengan firman Allah Subhana Wata'ala:
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam
ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat
bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin
itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah
bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (QS : At
Taubah(9):36).
Sebelum
datangnya Islam, di tanah Arab dikenal sistem kalender berbasis campuran antara Bulan (komariyah)
maupun Matahari
(syamsiyah). Peredaran bulan digunakan, dan untuk mensinkronkan dengan musim
dilakukan penambahan jumlah hari (interkalasi).Pada
waktu itu, belum dikenal penomoran tahun. Sebuah tahun dikenal dengan nama
peristiwa yang cukup penting pada tahun tersebut. Misalnya, tahun dimana Muhammad lahir, dikenal dengan sebutan
"Tahun Gajah", karena pada waktu itu, terjadi penyerbuan Ka'bah di
Mekkah oleh pasukan gajah yang dipimpin oleh Abrahah, Gubernur Yaman (salah
satu provinsi KerajaanAksum, kini termasuk wilayah Ethiopia).
Abu Musa Al-Asyári sebagai salah satu gubernur di zaman
Khalifah Umar r.a. menulis surat kepada Amirul Mukminin yang isinya menanyakan
surat-surat dari khalifah yang tidak ada tahunnya, hanya tanggal dan bulan
saja, sehingga membingungkan. Khalifah Umar lalu mengumpulkan beberapa sahabat
senior waktu itu. Mereka adalah Utsman bin Affan r.a., Ali bin Abi Thalib r.a.,
Abdurrahman bin Auf r.a., Sa’ad bin Abi Waqqas r.a., Zubair bin Awwam r.a., dan
Thalhan bin Ubaidillah r.a. Mereka bermusyawarah mengenai kalender Islam. Ada
yang mengusulkan berdasarkan milad Rasulullah saw. Ada juga yang mengusulkan
berdasarkan pengangkatan Muhammad saw menjadi Rasul. Dan yang diterima adalah
usul dari Ali bin Abi Thalib r.a. yaitu berdasarkan momentum hijrah Rasulullah
SAW dari Makkah ke Yatstrib (Madinah). Maka semuanya setuju dengan usulan Ali
r.a. dan ditetapkan bahwa tahun pertama dalam kalender Islam adalah pada masa
hijrahnya Rasulullah saw.
Peristiwa bersejarah yang berlaku
pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi
dengan sepuluh kehormatan :
1.
Setelah beratus-ratus
tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10
Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu
penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
2.
Pada 10 Muharam juga,
Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat
baginda.
3.
Pada 10 Muharam,
tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam
di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat
dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang
terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang
yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
4.
Nabi Ibrahim
dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan
juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud.
Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim
dari angkara kekejamanNamrud.
5.
Pada 10 Muharam ini
juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang
walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri
orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas
perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan
memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah
mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
6.
Pada 10 Muharam ini
juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi
Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada
kekejaman kaum Bani Israil.
7.
Allah juga telah
menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan
mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan
semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh
tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan
tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan
Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
8.
Allah juga telah
menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam
bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman
Firaun buat masa itu.
9.
Allah juga telah
mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di
dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi
Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah
mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya
dari perut ikan Nun.
10.
Allah juga telah
mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan
kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:
“Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura,
tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan
berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”
0 komentar:
Post a Comment